Silsilah Fadaaq
















-->
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Permulaan pertolongan bagi kesudahan dan selamat sejahtera ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. pada zat, sifat dan namanya. Segala puji bagi Allah yang membersihkan keluarga KekasihNya daripada kekotoran-kekotoran manusia semenjak kejadian mereka, kemudian memelihara mereka dan membersihkan mereka daripada kekotoran dan najis-najis, seperti firman Allah S.W.T.
“Hanyasanya Allah menghendaki dengan menghilangkan daripada kamu najis kekotoranahli keluarga dan membersihkan mereka sebersih-bersihnya.”
Dan salam sejahtera dari Allah terhadap bulan purnama yang bersinar-sinar yang terletak di dahi-dahi mereka yang sujud yang bersih daripada keburukan sifat-sifat orang jahiliyah semenjak nabi Addam dan berita gembira dengannya pada puak-puaknya.
Selepas itu ketahuilah olehmu sebab pada mengithbatkan Syed Othman bin Syed Omar bin Syed Abdullah menjaga keturunannya, nasab keturunan-keturunannya itu dengan mengakui sala seorang daripada keturunannya bahawasanya Fulan ibnu Fulan dia itu pendusta pada dakwaannya atau terkeluar daripada keturunannya telah warid dalam hadith yang panjang yang telah iktifak ke atasnya pada suatu riwayat dari Yazid ibnu Syariq ibnu Thoriq, dia berkata aku mendengar daripada Ali ibnu Abi Tholib Bersabda Nabi Muhammad S.A.W. “barangsiapa mengaku keturunannya selain daripada keturunannya dan dinisbah selain daripada keturunannya maka laknat Allah dan Malaikat dan sekelian manusia. Allah tidak menerima daripadanya amalan wajib dan sunat.” Dan yang aku sebut itu daripada hadith yang ringkas, dan aku tidak memanjangkannya.
Tujuan aku menyebutkannya sesungguhnya aku telah mengesahkan dari Abi Zar Berkata “aku mendengar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda “Tidak termasuk daripada lelaki yang mendakwa ke atas selain bapanya pada hal dia mengetahui adalah kecuali ia kafir. Barangsiapa menuduh lelaki itu dengan perkataan kafir maka perkataan ini kembali kepadanya.” Muttafaqun ‘Alaih. Dan daripada hadith Kitab Muslim Nabi Muhammad S.A.W. bersabda “Barangsiapa mendakwa keturunan selain daripada bapanya pada hal dia mengetahui maka haram syurga ke atasnya.” Dan Nabi S.A.W. bersabda lagi “Jangan kamu membenci bapa-bapa kamu, barangsiapa benci bapanya maka dia itu kafir. Dan Nabi bersabda lagi “tiap-tiap sebab keturunan dan pangkat terputus pada hair Qiamat kecuali di tanganku dan kekasihku nasabnya.” Dan Nabi S.A.W. bersabda lagi “Bahawa tiap-tiap anak, bapa adalah sebagai asobahnya yang dinisbahkan kepadanya Kecuali anak Fatimah maka akulah wali mereka dan nisbah mereka, keturunanku dijadikan daripada tanah (darah daging) ku, maka binsalah bagi pendusta-pendusta dengan kedustaan mereka. Barangsiapa mengasihi mereka Allah kasih kepadanya dan barangsiapa murka padanya Allah murka terhadap mereka.” Dan Nabi S.A.W. bersabda lagi “Tiap-tiap anak perempuan akulah ‘usbah pada bapa mereka kecuali anak Fatimah Akulah ‘usbah mereka dan Akulah bapa mereka.” Dan Nabi S.A.W. bersabda lagi, “Fatimah sebahagian daripada Aku dan aku berasa marah apabila ia marah dan berasa gembira apabila ia gembira. Semua keturunan-keturunan terputus pada hari Qiamat kecuali keturunanku.”
Dan Nabi S.A.W. bersabda lagi, “Fatimah menjaga kehormatannya maka diharamnya dan zuriatnya atas api neraka.” Apabila kamu faham janji kebaikan dan janji keburukan dalam hadith-hadith yang tersebut di atas maka wajib pada mereka yang mengetahui bahawa mereka bukannya Syed yang dinisbahkan dirinya pada Muhammad daripada kebanyakan manusia ertinya nisbah yang berpanjangan dan wajib juga pada mereka yang mengetahuis bahawasnya pada zuriat Nabit Muhammad S.A.W. ada keistimewaannya dan yang dinisbahkan dirinya kepada keturunan yang mulia. Dan inilah sebab yang menyebabkan aku membawa mengisbatkan keturunanku. Dan aku berkata demi Allah Kepercayaanku terpelihara daripada menipu dan mereka-reka, dan bahawasanya aku hamba yang fakir lagi hina 
Syed Othman 
bin Syed Omar 
bin Syed Abdullah 
bin Syed Omar 
bin Syed Hussain 
bin Syed Alwi 
bin Syed Hussain 
bin Syed Fadaaq
bin Syed Muhammad 
bin Syed Abdullah 
bin Syed Mubarak 
bin Syed Abdullah 
bin Syed Muhammad 
bin Syed Abdullah 
bin Syed Muhammad 
bin Syed Abdullah 
bin Syed Alwi 
bin Syed AlQutb 
bin Syed AlFaqih  AlMuqaddam Muhammad 
bin Syed Ali 
bin Syed Sahib Mirbatd 
bin Syed Ali Khaliq Qassim 
bin Syed Alwi 
bin Syed Abdullah AlMuhajir 
bin Syed Ahman 
bin Syed Isa 
bin Syed Muhammad AnNaqib 
bin Syed Ali Al’Aridzi 
bin Al-Imam Syed Jaafar AsSadiq 
bin Al-Imam Syed Muhammad AlBaqir 
bin Syed Ali Zainal Abidin 
bin sibti (cucu) Rasullullah Saidina Hussain 
bin Al-Masyariq Wal-Magharib LaisaAllah (singa Allah) yang menang Saidina Ali Abi Thaolib KarramaAllah Wajhah. 

Ketahuilah olehmu bahawasanya Allah memilih Nabi dan Rasulnya ke atas sekelian Agama dan memilih aku juga daripada keturunan yang mulia Aminah dan tiada pada kebapa-bapaan semenjak Adam hingga kepada bapanya Abdullah Kecuali apa yang dipilih ituu yang bersih. Dalam Riwayat Kukhari Nabi S.A.W. bersabda “Dibangkitkan sebaik-baik Qurun anak Adam itu ialah Qurunku hingga aku termasuk di dalamnya.” Dalam hadith Muslim Nabi S.A.W. bersabda lagi, “Bahawasanya Allah memilih Qabilah Kinanah daripada keturunan Nabi Ismail dan Allah memilih Quraish daripada Kinanah dan memilih Aku dari Bani Hasyim.” Dalam Hadith Tarmizi dengan Sanad Hassan “Bahawasanya Allah mencipta makhluk, maka menjadi akan Aku sebaik-baik daripada mereka nisbah daripada puak-puak yang kemudiannya memilih Ia daripada Qabilah-qabilah dan menjadikan Aku dari sebaik-baik Qabilah. Kemudian memilih ahli-ahli bait akan sebaik-baik ahli bait maka Akulah sebaik-baik mereka jasmani dan rohani. Kemudin memilih mereka itu daripada keturunan yang asal.” Dan ketahuilah kesudahan yang aku qasadkan daripada keturunan yang mulia dan bersih termasuk Ahli-ahli Assujud (banyak berbadah). Sebagaimana Firman Allah S.W.T. “Hati kamu berbalik-balik ketika sujud, dan kerana Allah akan kemuliaan Syamsuddin Ibnu Nassiruddin AdDamsyik berubah cahayanya kepada Ahmad bersinar-sinar di dahi orang yang sujud, berbalik-balik kepada mereka, selepas kurun kami hinggalah datang utusan sebaik-baik utusan kepada kami dan Firman Allah lagi “Telah terpelihara oleh Ilahi kemuliaan Nabi Muhammad dan dimuliakan keturunannya adalah suatu kehormatan atas namanya, daripada perbuatan keji supaya lidah mereka tidak membawa keburukan semenjak Nabi Adam hinggalah kepada dua orang ibu bapanya.” Dan sesuai dengan makna ini sentiasa berada dalam rahsia-rahsia alam memilih engkau bagi sekelian ibu-ibu dan bapa-bapa yang telah lalu semenjak Rasul yang membawa berita-berita kebaikan kepada kaumnya dan sekelian Nabi-nabi berbangga di zamannya dan tinggi darjatnya da bertambah tinggi semenjak daripada ugud akan bapa-bapa yang mulia dianggap keturunan yang mulia dengan kemuliaannya, satu untaian dari salsilah nasab yang agung tersunting dari untaian bintang-bintang bertaburan yang dipimpin oleh bintang kejora. Allah Taala memtaikan kita tetap kasih kepada mereka dan kesudahan kami dan sihimpunkan kami dalam golongan-golongan mereka Amin ya Rabbal Aalamin, selawat salam ke atas Junjungan kami Saidina Muhammad dan ke atas sekelian ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Dinukilkan nisbah yang mulia ini 
pada 10 safar 1337 hari Khamis ( Thursday, 14th November, 1918)
oleh Syed Othman bin Syed Omar Fadaaq

 Syed Othman bin Syed Omar Fadaaq was born in Jeddah, Saudi Arabia and was the first Imam of Masjid Zahir in Alor Star, Kedah












No comments:

Post a Comment